Tuesday, 28 January 2014

JAGALAH KESIHATAN KITA!


Huh, langkah kanan aku singgah ke Giant, Seksyen 13 sebentar tadi. Niatnya nak gunting rambut je tapi tiba-tiba ternampak satu pasukan ala-ala paramedik bersama peralatan kat tengah-tengah laluan dalam Giant tu. Rupa-rupanya diorang tengah buat free medical check-up a.k.a LifeCheck Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia. Dari dulu lagi aku memang teringin nak check kesihatan aku. Tanpa buang masa dan tolak isu gunting rambut ke tepi dulu, aku terus bertanya dan isi borang.

Untuk mengetahu tentang status darah tinggi, diorang will check for free tetapi kalau nak check kandungan kolestrol dalam darah kena bayar RM5 dan ianya sangat berbaloi sebab keputusan merangkumi segenap aspek yang penting seperti indeks jisim tubuh kita, ukur-lilit pinggang, urinalisis, glukos darah rambang dan kolestrol dalam darah atau random blood total cholesterol. Alhamdullilah, hasil pemeriksaan, aku bebas daripada ancaman bahaya penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan tekanan darah aku normal.

Aku mungkin tak berapa reti sangat bab-bab bahasa kedoktoran ni tetapi melalui apa yang diterangkan, ada beberapa perkara yang perlu aku beri perhatian dan fahami seperti:
1. Dia tanya aku besenam tak? Dan aku jawab, ya! aku join gym. Tetapi berat badan aku bertambah kalau kebiasaan aku nampak angka 62-63 kg tapi tadi dia berat badan aku mencecah 66 kg termasuk makanan lunch aku setengah jam sebelum timbang. Hihihi.. Kata perunding tu, berat badan bertambah kesan daripada tumbesara otot apabila gym. So now aku paham kenapa aku timbang berat aku bertambah. Walau apa pun, status Indeks Jisim Tubuh aku ialah 24.8 dan ternyata aku dalam kategori pra-kegemukan. Risiko kepada kesihatan adalah meningkat! Oh tidak!!! Untuk dapat berat badan unggul, kita kena berada dalam lingkungan BMI (kg/m2) 18.5 - 22.9. Aku kena kurangkan berat badan skit. 

2. Ukur lilit pinggang aku ialah 82 cm dan seelok-eloknya lelaki kena kurang daripada ukur lilit 90 cm. Huh.. Kena diet lagi!!! Jaga pemakanan beb!

3. Aku turut buat ujian melalui air kencing aku gak. Hasil menunjukkan glukos adalah negatif, protein pun negatif dan darah juga negatif. SAku dinasihatkan untuk minum 2 liter air masak sehari. Ok, aku akan cuba. Please air manis stay away from me!

4. Glukos darah rambang plak, menunjukkan keputusan aku ialah 5.7 mmol/L. Alhamdullilah katanya normal gak. Kalau angka melebihi 11.1, korang dinasihatkan jumpe doktor untuk ujian selanjutnya. Angka itu adalah tinggi dan penyebab kencing manis. huh... Scary. Paling best kena kurang 5.6 mmol/L iaitu kemungkinan diabetes adalah rendah. Aku dalam kategori 'menjalankan ujian glukos darah (berpuasa).

5. Erm... Kolstrol total darah rambang ni macam tak paham skit. Aku kena refer balik sebab aku berisiko tinggi untuk ada kolestrol dalam darah. Oh tidak! 

Untuk details, refer lampiran yer.

BTW, aku kena jaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Katanya, aku kena teruskan bersenam, elak makanan laut (kecuali ikan), jangan makan kepala atau otak ikan, kuning telur pun kurangkan dan makan dalam dua biji seminggu, organ dalaman pun kena elakkan. Sekali sekala boleh makan. Huh, itu saja update aku, tetibe jari penat menaip. Nanti aku update info-info berkaitan dengan kawalan kolestrol ni:-)

Monday, 20 January 2014

AZAM BARU MANDI PAGI PUN SEMANGAT BARU


Huh, memang ramai dalam kalangan kita yang susah nak bangun pagi kan? Especially kalo dah tidur lambat, sure tidur tak cukup. Then ada juga yang bangun lambat dan ambik keputusan untuk TIDAK MANDI atau mandi celap-celop. Ops, jujur aku pun pernah mengalami saat-saat seperti itu:-(

Oraits, tak kisah le bangun awal ke lambat ke, apa yang paling penting apabila melangkah keluar kita kena kelihatan menarik dan orang teruja engok imej kita di pagi yang hening. Jom usya-usya perkara yang boleh dibuat seawal pagi di dalam TANDAS sebelum melangkah keluar:-)

1. Seelok-eloknya, memang le mandi dengan sempurna. Guna air sejuk paling best tapi menakutkan! Huh.. But if rasa tak sempat nak mandi secara sempurna, its ok its alright! Basuh muka dengan sempurna pun dah kira ok. Pastikan cuci muka, urut-urut skit muka bagi kurangkan sembap. Takpe badan tak basuh lagi janji muka biar le kena air. Kadang-kadang bila kita cuci muka sambil tutup mata, pernah tak korang terfikir yang korang masih lagi dalam mood tidur? Aku pernah yer:-/

2. Okeh, pada aku ini paling penting iaitu basuh rambut. Serius kalau lambat macam mana sekalipun, basahkan rambut tu. Kalau sempat, tempek syampu sekali. Rambut kalau tak kena air memang nampak serabai dan paling teruk pagi tu nanti rasa gatal-gatal. Senang je. Bukak pili tadah kepala kat situ. Gosok-gosok skit dan cuba la sedaya mampu untuk letak syampu. Huh... Best!

3. Gosok gigi. Ini pun aku rasa malas giler kalau dah lambat. Ok fine, konsep aku kumur listerin dan kat office aku dah ada ubat dan berus gigi:-D So tanak tulis panjang-panjang. Listerin tu cuba le praktikkan yer! Amat berguna if tak sempat nak gosok gigi. Weh, tak best ar nafas berbau nak bercakap ngan orang.

Pesanan: Saja letak gambar Von Smith ni sebab tengah layan dia nyanyi dalam youtube.

Sunday, 19 January 2014

AKU COMEL TANPA JANGGUT:-/

Cerita semalam: 
Dia kata aku comel??? What??? Giler aku suka! Eh... mana janggut abang? 
Kenapa? Aku macam terkejut plak apabila dia tanya soalan suspen camni. Dengan style gelak dia selamba cakap, "takde pepe bang, nampak comel! Hahaha.." Oh, abang kena cukur sebab pagi tadi ada hal skit la nak kena nampak kemas.
Seriously, aku macam suka plak bila dia kata aku comel bila aku cukur janggut ni walaupun aku sangat tidak suka cukur. Alasannya adalah seperti berikut:

1. Sometimes aku takde masa nak cukut atau shave.
2. Aku memang tak suka cukur sebab nanti jadi tajam-tajam.
3. Bila ada janggut, muka aku nampak panjang skit. sejak umur meningkat ni bukan je badan nampak bulat, muka pun dah bulat skit. Kurang style:-P
4. Percaya tak kalau aku cakap rerambut yang ada sekitar muka aku macam kat pipi, kumis dan kawasan sekitar aku cabut guna pencabut bulu kesayangan.

Tapi, dalam keadaan tertentu, aku terpaksa jugak cabut. Contoh:
1. Aku kena attend event yang memerlukan aku nampak kemas.
2. Aku nak jumpa someone special:-D
3. Aku rimas bila tengok janggut makin menebal.
4. Saja nak nampak lain and jambu skit!

Sekian, tajuk pasal janggut aku.

Sunday, 12 January 2014

Nak Nampak Style?

Ramai lelaki sebenarnya berminat untuk kelihatan bersih, kemas dan menarik. Walaupun secara fizikalnya kita melihat dia agak ego dan cuba menafikan tentang hal ini. Tetapi, disebabkan aku lelaki, jadi aku mengetahuinya. Hihi.. Jika benar korang nak sangat tahu macam mana nak kelihatan menyerlah, ok aku nak share sedikit info-info yang mungkin korang boleh guna pakai:

1. Please pastikan kat bilik korang atau dalam toilet ada set pencuci muka. Just basic je seperti pencuci muka, toner, day or night cream. Seriously, if korang bergantung kepada pencuci muka semata-mata, memang tak nampak le kesannya beb. Memang aku tahu, leceh nak pakai benda-benda tu tapi itu hakikatnya yang korang kena buat kalau nak nampak seri kat muka korang. Lagi baik kalau korang boleh letak kat office atau beli yang saiz kecik tu letak dalam beg untuk senang dibawa kemana-mana.

2. Latihan fizikal. Chewah.. dalam erti kata lain, senaman. Penting weh. If ada bajet lebih, pergi le gym. tak payah letak sasaran nak badan ketak-ketak. cukup le nampak figure and keluar peluh. bila keluar peluh, ibarat korang mengeluarkan kotoran-kotoran yang terkandung dalam badan korang. Memang nampak klise kan, tapi percayalah, kalau korang nak tau, korang jumpe mamat-mamat yang stylo kat luar sana tuh actually diorang turut menghabiskan masa untuk bersenam dan gym.

Aduh, aku ada kerja skit. Later sambung...

Ucapan Alu-aluan...


Welcome to my blog beb!
Alhamdullillah, berjaya juga aku mendaftarkan blog ini dengan nama www.aurasam.blogspot.com. Untuk pengetahuan nama samaran aku Sam manakala perkataan aura tu merujuk kepada kuasa-kuasa yang menerpa kat diri aku. Haha.. Sebab tu le aku gabungkan jadi aurasam. Aci tak?

Blog ini diwujudkan bagi tujuan perkongsian ilmu. Ilmu yang baik-baik sahaja dan banyak menyentuh isu-isu untuk kaum lelaki. Tetapi, kaum wanita juga boleh berkunjung ke blog ini untuk bersama-sama berkongsi perihal lelaki. Dalam dunia ini hanya ada dua kaum sahaja dan kedua-dua kaum ini saling melengkapi. Jadi jelaslah disini bahawa anda wahai kaum wanita turut berhak untuk melawat blog yang tak seberapa ini.

Insyaallah, saya akan cuba memastikan blog ini dapat memberi input yang bermanfaat dan berguna kepada anda semua. Saya bercadang untuk bercerita topik-topik seperti personaliti lelaki, fesyen, cara hidup, hobi dan pelbagai lagi seiring dengan tagline blog ini 'rentak gaya penampilan sang lelaki'. Kot anda ada idea yang best- best untuk dikongsi bersama, inform le saya ya. 

Okay, time to sleep. Esok nak kerja. Sweet dream:-D