Oraits, tak kisah le bangun awal ke lambat ke, apa yang paling penting apabila melangkah keluar kita kena kelihatan menarik dan orang teruja engok imej kita di pagi yang hening. Jom usya-usya perkara yang boleh dibuat seawal pagi di dalam TANDAS sebelum melangkah keluar:-)
1. Seelok-eloknya, memang le mandi dengan sempurna. Guna air sejuk paling best tapi menakutkan! Huh.. But if rasa tak sempat nak mandi secara sempurna, its ok its alright! Basuh muka dengan sempurna pun dah kira ok. Pastikan cuci muka, urut-urut skit muka bagi kurangkan sembap. Takpe badan tak basuh lagi janji muka biar le kena air. Kadang-kadang bila kita cuci muka sambil tutup mata, pernah tak korang terfikir yang korang masih lagi dalam mood tidur? Aku pernah yer:-/
2. Okeh, pada aku ini paling penting iaitu basuh rambut. Serius kalau lambat macam mana sekalipun, basahkan rambut tu. Kalau sempat, tempek syampu sekali. Rambut kalau tak kena air memang nampak serabai dan paling teruk pagi tu nanti rasa gatal-gatal. Senang je. Bukak pili tadah kepala kat situ. Gosok-gosok skit dan cuba la sedaya mampu untuk letak syampu. Huh... Best!
3. Gosok gigi. Ini pun aku rasa malas giler kalau dah lambat. Ok fine, konsep aku kumur listerin dan kat office aku dah ada ubat dan berus gigi:-D So tanak tulis panjang-panjang. Listerin tu cuba le praktikkan yer! Amat berguna if tak sempat nak gosok gigi. Weh, tak best ar nafas berbau nak bercakap ngan orang.
Pesanan: Saja letak gambar Von Smith ni sebab tengah layan dia nyanyi dalam youtube.
Pesanan: Saja letak gambar Von Smith ni sebab tengah layan dia nyanyi dalam youtube.
No comments:
Post a Comment