Alhamdullillah, berjaya juga aku mendaftarkan blog ini dengan nama www.aurasam.blogspot.com. Untuk pengetahuan nama samaran aku Sam manakala perkataan aura tu merujuk kepada kuasa-kuasa yang menerpa kat diri aku. Haha.. Sebab tu le aku gabungkan jadi aurasam. Aci tak?
Blog ini diwujudkan bagi tujuan perkongsian ilmu. Ilmu yang baik-baik sahaja dan banyak menyentuh isu-isu untuk kaum lelaki. Tetapi, kaum wanita juga boleh berkunjung ke blog ini untuk bersama-sama berkongsi perihal lelaki. Dalam dunia ini hanya ada dua kaum sahaja dan kedua-dua kaum ini saling melengkapi. Jadi jelaslah disini bahawa anda wahai kaum wanita turut berhak untuk melawat blog yang tak seberapa ini.
Insyaallah, saya akan cuba memastikan blog ini dapat memberi input yang bermanfaat dan berguna kepada anda semua. Saya bercadang untuk bercerita topik-topik seperti personaliti lelaki, fesyen, cara hidup, hobi dan pelbagai lagi seiring dengan tagline blog ini 'rentak gaya penampilan sang lelaki'. Kot anda ada idea yang best- best untuk dikongsi bersama, inform le saya ya.
Okay, time to sleep. Esok nak kerja. Sweet dream:-D

No comments:
Post a Comment