Tuesday, 28 January 2014

JAGALAH KESIHATAN KITA!


Huh, langkah kanan aku singgah ke Giant, Seksyen 13 sebentar tadi. Niatnya nak gunting rambut je tapi tiba-tiba ternampak satu pasukan ala-ala paramedik bersama peralatan kat tengah-tengah laluan dalam Giant tu. Rupa-rupanya diorang tengah buat free medical check-up a.k.a LifeCheck Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia. Dari dulu lagi aku memang teringin nak check kesihatan aku. Tanpa buang masa dan tolak isu gunting rambut ke tepi dulu, aku terus bertanya dan isi borang.

Untuk mengetahu tentang status darah tinggi, diorang will check for free tetapi kalau nak check kandungan kolestrol dalam darah kena bayar RM5 dan ianya sangat berbaloi sebab keputusan merangkumi segenap aspek yang penting seperti indeks jisim tubuh kita, ukur-lilit pinggang, urinalisis, glukos darah rambang dan kolestrol dalam darah atau random blood total cholesterol. Alhamdullilah, hasil pemeriksaan, aku bebas daripada ancaman bahaya penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan tekanan darah aku normal.

Aku mungkin tak berapa reti sangat bab-bab bahasa kedoktoran ni tetapi melalui apa yang diterangkan, ada beberapa perkara yang perlu aku beri perhatian dan fahami seperti:
1. Dia tanya aku besenam tak? Dan aku jawab, ya! aku join gym. Tetapi berat badan aku bertambah kalau kebiasaan aku nampak angka 62-63 kg tapi tadi dia berat badan aku mencecah 66 kg termasuk makanan lunch aku setengah jam sebelum timbang. Hihihi.. Kata perunding tu, berat badan bertambah kesan daripada tumbesara otot apabila gym. So now aku paham kenapa aku timbang berat aku bertambah. Walau apa pun, status Indeks Jisim Tubuh aku ialah 24.8 dan ternyata aku dalam kategori pra-kegemukan. Risiko kepada kesihatan adalah meningkat! Oh tidak!!! Untuk dapat berat badan unggul, kita kena berada dalam lingkungan BMI (kg/m2) 18.5 - 22.9. Aku kena kurangkan berat badan skit. 

2. Ukur lilit pinggang aku ialah 82 cm dan seelok-eloknya lelaki kena kurang daripada ukur lilit 90 cm. Huh.. Kena diet lagi!!! Jaga pemakanan beb!

3. Aku turut buat ujian melalui air kencing aku gak. Hasil menunjukkan glukos adalah negatif, protein pun negatif dan darah juga negatif. SAku dinasihatkan untuk minum 2 liter air masak sehari. Ok, aku akan cuba. Please air manis stay away from me!

4. Glukos darah rambang plak, menunjukkan keputusan aku ialah 5.7 mmol/L. Alhamdullilah katanya normal gak. Kalau angka melebihi 11.1, korang dinasihatkan jumpe doktor untuk ujian selanjutnya. Angka itu adalah tinggi dan penyebab kencing manis. huh... Scary. Paling best kena kurang 5.6 mmol/L iaitu kemungkinan diabetes adalah rendah. Aku dalam kategori 'menjalankan ujian glukos darah (berpuasa).

5. Erm... Kolstrol total darah rambang ni macam tak paham skit. Aku kena refer balik sebab aku berisiko tinggi untuk ada kolestrol dalam darah. Oh tidak! 

Untuk details, refer lampiran yer.

BTW, aku kena jaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Katanya, aku kena teruskan bersenam, elak makanan laut (kecuali ikan), jangan makan kepala atau otak ikan, kuning telur pun kurangkan dan makan dalam dua biji seminggu, organ dalaman pun kena elakkan. Sekali sekala boleh makan. Huh, itu saja update aku, tetibe jari penat menaip. Nanti aku update info-info berkaitan dengan kawalan kolestrol ni:-)

No comments:

Post a Comment